8 April 2011
R.e.s.a.h
Assalamualaikum. Okay hari ini aku nak lah bermotivasi jugak. Ikot korang lah nak baca ke tak kan. Hmm, sekarang ramai sangat yang frust gila menonggeng. Ade yang sampai nak bunuh diri lah apelah. Kita sebagai manusie kene ingat apa yang berlaku pada kita ada hikmahnya. Kita kene redha dengan apa yang berlaku. Memang berpisah dengan pasangan kita sangat menyakitkan. Lebih-lebih lagi orang tuh kite bebenar sayang. Mungkin apa yang allah buat kita berpisah nak tunjukkan yang lelaki atau wanita tuh bukan terbaik untuk kita. Cuba kita renung-renung kan. Selama kita couple dengan orang tuh. Ape kesalah kita buat. Contoh : menipu, berdosa dengan sape-sape ke?? Kite tengah bercinta sakan tak sedar apa kita buat ade mengguris hati sesape ke. Then, allah nak bagi kita sedar yang kita tak sepatutnya bersama dia. Kita tak boleh menyalahkan takdir yang berlaku. Allah tahu apa yang dilakukan untuk semua hambanya. Mana yang baik mana buruknya. Kita hanya insan biasa. Tidak boleh menafikan apa yang berlaku. Sebab itu cinta pada allah adalah yang utama. Bila ada masalah barulah kita memohon petunjuk dari allah. Tapi apabila kita senang kita lupa yang allah adalah pemberi kesenangan itu. Sebab itu jangan lupa buat ape yang sepatutnya oleh semua muslim. Jangan risau disebalik perpisahan ada oarng yang tungu kita balas cinta nya. Cuma tak tahu bila? mana? So, sabar jelah tunggu saatnya. Kerana kesedihan sekarang hanya sekejap, kebahagiaan yang akan datnag lebih indah. :)